Ucapan Selamat Datang kepada semua saudara-saudaraku ke Family Gathering Versi Melaka.

Tarikh dicadangkan 28 dan 29 Mei 2011

Enjoy the enchanting and amazing Melaka. You will be fascinated.



Ahad, 30 Januari 2011

Ayer Keroh D'Village (AKDV)


Saudara-saudaraku......

menginap di Ayer Keroh D'Village, terletak bersebelahan dengan Lebuh Ayer Keroh (Jalan Tun ABd Razak) kira-kira 15 km dari Bandaraya Melaka. Resort kepunyaan mantan Ketua Menteri Melaka - Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik telah mudah beroperasi pada awal tahun 1990an mempuyai 171 buah bilik hotel dan 57 buah chalet. Resort ini juga mempunyai sebuah kolam renang yang agak besar dan sesuai untuk keluarga serta anak-anak.




(Untuk tujuan testimoni - sila rujuk HIsham & Family yang pernah menginap di resort ini pada tahun 2008 lalu)

Penginapan untuk program Family Gahtering ini ialah secara berkongsi di 3 buah chalet keluarga yang setiap satu mempunyai 2 bilik tidur, ruang tamu dan mini bar serta dua buah bilik air.

Daftar masuk ialah pada jam 2.00 petang dan daftar keluar ialah pada jam 12.00 tengahari. Walaubagaimanapun, salah satu chalet akan dilanjutkan tempoh masa daftar keluar sehingga jam 2.00 petang untuk memberi ruang kepada ahli-ahli keluarga berehat dan bersolat zohor sebelum berangkat pulang.

Pengangkutan (bas) 25 seater akan disediakan untuk sepanjang program ini berlangsung mengikut jadual yang disediakan. Sebarang pergerakan di luar ketetapan jadual perlu menggunakan kenderaan sendiri.

Sekian untuk makluman.... sebarang pertanyaan boleh dicatatkan di ruang ulasan .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan